Edar ganja : Yusoff Rawther diheret ke mahkamah, berdepan penjara seumur hidup

Lelaki yang menyaman Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung serangan seksual dituduh di mahkamah atas kesalahan mengedar 305 gram ganja, Jumaat lalu.

Muhammad Yusoff Rawther dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan mengedar bahan terlarang itu di depan surau di ibu pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur.

Bekas pembantu kajian itu didakwa melakukan kesalahan itu sekitar jam 10.15 pagi pada 6 Sept dan dituduh bawah Seksyen Section 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga seumur hidup dan dikenakan 12 sebatan.

Tiada pengakuan direkodkan di hadapan majistret S Arunjothy kerana kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

 

Bekas pembantu Anwar itu ditahan sekitar jam 9.30 pagi pada 6 September dan telah direman sejak itu.

Yusoff Rawther didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305g pada 6 Sept lalu.

Peguamnya Muhammad Rafique Rashid Ali polis menahan Yusoff selepas menemukan dua pucuk pistol dipercayai tiruan dan ketulan mampat disyaki ganja, di dalam kenderaan dinaiki suspek di Jalan Bukit Kiara, di Kuala Lumpur.

Rafique berkata Yusoff memberitahu penyiasat senjata api dan dadah itu bukan miliknya dan dia tiada kaitan dengan bahan larangan tersebut, malah ujian air kencingnya menunjukkan keputusan negatif.

Peguam itu berkata Yusoff memberitahu pihak polis senjata api dan dadah itu diletakkan di dalam keretanya oleh pihak yang mempunyai dendam atau permusuhan dengannya.

Yusoff mempunyai tuntutan sivil yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung dakwaan Anwar menyerangnya secara seksual di pejabat presiden PKR pada Oktober 2018.

Dia menjadi tumpuan apabila dia mendedahkan akuan bersumpah yang mengandungi dakwaan serangan seksual tersebut pada sidang media 4 Disember 2019.

Pada 14 Januari 2020, Jabatan Peguam Negara mengumumkan tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa Anwar di mahkamah jenayah atas kejadian yang didakwa berlaku dua tahun sebelum itu. Setahun kemudian, Yusoff menyaman Anwar.

Pada 7 Mei tahun ini, mahkamah sivil menolak permohonan Yusoff untuk memaksa polis mendedahkan keputusan ujian poligraf yang dia ingin gunakan bagi mengukuhkan samannya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*