Dua terbunuh dalam kemalangan ngeri babit 12 kenderaan

Dua terbunuh dalam kemalangan ngeri babit 12 kenderaan.

Dua terbunuh dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis pengiring di KM 5.7 jalan persiaran Utara menghala ke Puchong berhampiran susur keluar persiaran Timur, di sini hari ini.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Berdasarkan rakaman video, nahas dipercayai berlaku apabila sebuah lori treler yang mengubah laluan dari lorong tengah ke kiri lalu merempuh beberapa kenderaan yang sedang berhenti.

Difahamkan kejadian turut menyebabkan tujuh mangsa lagi cedera dan sedang dirawat di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang.

Menurut polis, dua penunggang motosikal termasuk anggota polis pengiring sempat menyelamatkan diri.

Terdahulu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Putrajaya memberitahu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 dan Presint 14 bersama sebuah Light Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.24 pagi tadi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi di lokasi kejadian, terdapat kemalangan jalan raya melibatkan dua lori, dua kereta sedan dan dua motosikal.

“Seramai sembilan mangsa terlibat dan dua (daripadanya) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh (pegawai perubatan) Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut kenyataan JBPM hari ini.

Pemandu lori akan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

 Dua terbunuh dalam kemalangan ngeri babit 12 kenderaan  Dua terbunuh dalam kemalangan ngeri babit 12 kenderaan

 Dua terbunuh dalam kemalangan ngeri babit 12 kenderaan

 Dua terbunuh dalam kemalangan ngeri babit 12 kenderaan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*