Dua lelaki sebar kertas undi guna WhatsApp undang padah

Dua lelaki sebar kertas undi guna WhatsApp undang padah. Tindakan dua lelaki menyebarkan kertas undi pos Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menggunakan aplikasi WhatsApp mengundang padah selepas ditahan polis dalam serbuan berasingan di Gua Musang, dekat sini malam tadi.

Kedua-dua suspek berusia 20-an dan 50-an itu ditahan pada pukul 11.30 malam dan pukul 2 pagi.

Ketua Polis negeri Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, penahan itu bertujuan membantu siasatan berkait penyebaran kertas undi berkenaan.

Dua lelaki sebar kertas undi guna WhatsApp undang padah
Datuk Muhammad Zaki Harun

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan susulan. Kedua-dua suspek itu direman bermula semalam sehingga 11 November ini.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat mengenai PRU15 yang dibimbangi oleh mengugat proses berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 317 J, Akta Kesalahan Pilihan Raya dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM).

Katanya, bagi penugasan PRU15 kali ini, seramai 1,120 anggota dan pegawai dari Bukit Aman akan membantu penugasan proses pembuangan undi pada 19 November ini.

“Setakat ini, kita mempunyai lebih 5,000 kekuatan anggota dan pegawai bagi menjalankan pemantauan di sekitar negeri ini.

“Kita akan lihat di setiap Parlimen jika ia mempunyai lebih dari satu saluran peti undi, maka kita akan hantar lebih anggota ke kawasan yang dikenal pasti,” ujarnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*