Dua lelaki bersikap biadap, hina institusi diraja di FB dicekup

Dua lelaki bersikap biadap, hina institusi diraja di FB dicekup.

Polis menahan dua lelaki kerana memuat naik hantaran berkaitan institusi diraja menerusi dua serbuan berasingan, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kedua-dua suspek terbabit ditahan kerana memuat naik hantaran yang cenderung menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap institusi diraja.

Katanya, suspek pertama berusia 41 tahun ditahan di Kampung Sungai Kati, Ipoh, Perak kerana membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi diraja Johor.

“Suspek kedua pula berusia 47 tahun yang ditahan di Langkap, Perak, kerana disyaki memuat naik hantaran mengandungi kenyataan menghina Sultan Selangor,” katanya.

Mohd Shuhaily menegaskan, kedua-dua suspek terbabit direman selama tiga hari.

Katanya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah.

Katanya, elakkan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutama membabitkan isu 3R iaitu (kaum, agama dan raja).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*