Dua kapal dagang berlanggar di perairan Kota Tinggi, APMM lancar operasi mencari

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menggerakkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) susulan insiden pelanggaran kapal MT Hanifa Nile dan MT Ceres 1 di 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau, dekat sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata berikutan kejadian pada 6.55 pagi itu, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili bagi mengkoordinasikan pencarian.

Katanya Maritime Rescue Sub Center (MRSC) telah mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Noah, Bot Perkasa 29 dan Bot Petir 12 dari Maritim Malaysia, KD Gempita dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bot ronda PA 9 dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 ke lokasi kejadian.

“Aset Maritim Malaysia, Bot Perkasa 29 tiba di lokasi pada pukul 9.50 pagi dan menemukan kedua-dua kapal berkenaan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut dimaklumkan berkenaan insiden bagi tindakan lanjut sekiranya berlaku tumpahan minyak.

Sementara itu, pegawai dan anggota yang bertugas di Abu Bakar Maritime Base (ABMB) diarah untuk melaksanakan pemantauan di sekitar kawasan berhampiran. Perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya dalam satu kenyataan.

Turut baca ;

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*