DUA beranak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air deras akibat banjir di Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah, pada Sabtu.
Mangsa, Muhammad Rosman Rohaidi, 19, dan ibunya, Salmah Md Zain, 48, dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Aminuddin Mad Khozari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 8.29 pagi.
“Seramai 12 anggota dari BBP Kuala Nerang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Faizal Che Mie dikejarkan ke lokasi kejadian tidak lama kemudian.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 memaklumkan dua mangsa dihanyutkan air deras akibat banjir kilat.
“Tindakan yang dilakukan adalah dengan melakukan kerja mencari dan menyelamat (SAR) dengan menggunakan bot aluminium,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurut Aminuddin, maklumat berkaitan mangsa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Turut baca :
Leave a Reply