Dr. Mahathir henti bantuan ke sekolah agama kerana pro PAS – Anwar

Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa telah menghentikan peruntukan kepada sekolah agama bantuan di seluruh negara pada tahun 1999 ketika menjawat jawatan perdana menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Mahathir berbuat demikian kerana mendakwa pihak pentadbiran dan kakitangan sekolah agama menyokong Pas dan bersimpati terhadap tindakan yang dikenakan ke atas beliau.

Perdana Menteri mendedahkan perkara tersebut dalam program Temu Anwar di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang dihadiri mahasiswa dari seluruh negeri itu.

“Saya sebut, umpamanya pada tahun 1999 ketika saya merengkok di Penjara Sungai Buluh, Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir membatalkan semua bantun ke semua sekolah bantuan agama rakyat di seluruh negara.

“Atas alasan Sekolah Agama Rakyat (SAR) ini pro Pas dan simpati dengan Anwar. Seluruh sekolah-sekolah agama itu dihentikan bantuan. Tak apalah sekarang dia berkawan dengan mereka. Saya tak faham macam mana,” kata Anwar.

Tambah Perdana Menteri, sejak mengambilalih pentabiran beliau telah memastikan sekolah agama rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Johor dipulih dan dibantu semula.

Beliau berkata, pertimbangan politik kadang-kala mengetepikan prinsip tertentu,

“Sebab itu anak-anak harus fikir yang kita nak tentukan ini bukan satu calon, bukan satu parti. Masa depan negara.

“Kita hendak negara coraknya, ya masih Melayu. Di Perlis saya diberi tahu kalau Anwar jadi Perdana Menteri pelajar-pelajar akan kembali pakai skrit. Ada yang percaya. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri sistem akan jadi liberal, LGBT akan disahkan, lelaki boleh berkahwin dengan lelaki. Fitnah ini untung apa?

“Sekarang ini sudah tujuh bulan saya bersama kerajaan peruntukan bagi Islam bertambah, saya bantu juga yang miskin. Kalau sekolah daif itu sekolah Melayu, Cina, Tamil yang banyak susah kita bantu,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*