SIBU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Sarawak menahan reman tiga individu termasuk dua guru besar kerana disyaki membuat tuntutan mengandungi butiran mantan palsu bernilai kira-kira RM500,000.
Majistret Ong Kork Chern membenarkan dua suspek yang berusia 50 dan 60-an ditahan reman lima hari sehingga Ahad ini selepas menerima permohonan SPRM di Mahkamah Sibu, hari Selasa semalam.
Dalam pada itu, seorang lagi suspek yang berusia 50-an pula ditahan reman empat hari sehingga Sabtu ini.
Menurut sumber, kesemua suspek lelaki tersebut telah ditahan kira-kira pukul 10 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sibu , Sarawak.
“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2022.
“Kesemua suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu untuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem telaga tiub di empat buat sekolah sekitar negeri ini kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) sedangkan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut tidak dilaksanakan kerana sistem telaga itu telah rosak sejak tahun 2021,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya.
Turut baca :
Leave a Reply