Disyaki salah guna kuasa, SPRM tahan MB Perlis

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Menurut sumber dia ditahan di ibu pejabat agensi antirasuah itu selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa.

Difahamkan Mohd Shukri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan Mohd Shukri.

[Laporan lanjut menyusul]

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*