Disyaki kemuka invois palsu RM800,000, 3 lelaki ditahan SPRM

Disyaki kemuka invois palsu RM800,000, 3 lelaki ditahan SPRM.   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu kerana dipercayai mengemukakan invois palsu bernilai lebih RM800,000 kepada pejabat sebuah kementerian pada 2019.

Sumber berkata, tiga lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan kira-kira 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM, dekat sini.

Katanya, mereka dipercayai mengemukakan invois palsu berkaitan tuntutan bayaran kos pengangkutan bagi projek untuk tempoh tiga bulan iaitu dari September hingga November 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penangkapan tiga individu terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

“Semua suspek dijangka dituduh di mahkamah khas rasuah dalam tempoh terdekat,” katanya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*