Disondol van polis, peniaga pelik dirinya pula kena saman. Seorang pemilik akaun Twitter, @itslyzaa_ ada memuat naik satu hantaran di platform berkenaan yang mana dia meluah rasa hairan terhadap tindakan anggota polis mengenakan saman ke atas abangnya.
Menerusi ciapan tersebut, difahamkan abangnya telah terlibat dalam satu kemalangan bilamana sebuah van polis telah merempuhnya dengan kuat dari arah belakang.
Polis langgar belakang kereta abang i. Abang i ada record dashcam kalau nak bukti kukuh. Nak claim insurans polis tak boleh. So abang i claim insurance sendiri. Now polis saman pula abang i? Memang undang2 jalanraya kalau polis langgar orang awam yang kene saman ke? @JPJ_Malaysia pic.twitter.com/tcuKaJJEaV
— lizzy (@itslyzaa_) August 25, 2022
Menceritakan lanjut detik kejadian, abangnya yang juga merupakan pemilik kenderaan jenis Ford Ranger telah memperlahankan keretanya serta membuka ‘signal’ untuk menyeberang.
Namun, tinggal beberapa meter sebelum tiba di garisan putus, berlaku dentuman kuat dari arah belakang sehingga Ford Ranger tadi hilang kawalan dan memasuki laluan sebelah kanan.
Bagaimanapun, terdapat sedikit kekeliruan terhadap insiden itu bilamana anggota polis sebaliknya mengeluarkan saman ke atas abangnya pula atas kesalahan meletakkan kenderaan dalam bahaya.
Turut baca :
- ‘Lelaki misteri’ kecoh diluar mahkamah, ini penjelasan polis
- Pindah milik tanah RM100 juta, 4 Datuk ditahan
Lebih membuat gadis itu marah apabila anggota polis berpangkat Sarjan ketika ditemui di balai polis Temerloh berkeras enggan melihat rakaman dashcam dari kereta abangnya.
Beliau sebaliknya meminta pihak abangnya mencari peguam untuk lawan kes tersebut di mahkamah.
Leave a Reply