“Disangka kain bedung, rupanya kain kafan…” Lukisan terakhir anak, petanda ‘pergi selamanya’

Lukisan keluarga yang dilukis oleh Aydan Hadiff sebelum dia meninggal dunia.

Seorang ibu yang kematian anak lelaki memuat naik gambar hasil lukisan kanak-kanak tersebut memperlihatkan seolah-olah memakai kain kafan, sekali gus seperti petanda dia ‘pergi selamanya’.

Menerusi Facebook Wunny Amir, wanita tersebut memuat naik beberapa hantaran meluahkan kerinduan terhadap anak lelakinya dikenali sebagai Aydan Hadiff yang meninggal dunia, baru-baru ini.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut maut dalam satu kemalangan melibatkan mereka sekeluarga ketika hendak pergi menunaikan solat tarawih di masjid, dengan Wunny dikatakan mengalami cedera ringan dan suaminya patah kaki.

Berkongsi kisahnya, wanita itu menceritakan anaknya pernah menunjukkan hasil lukisan memperlihatkan mereka tiga beranak dengan nada penuh keceriaan.

“Mama, tengok ni Aydan lukis. Aydan lukis mama, ayah dengan Aydan. Ni Aydan tengan tidur,” kata kanak-kanak tersebut berdasarkan perbualan dikongsikan Wunny.

Wanita itu turut memuji lukisan itu ‘comel’ selain bertanyakan Aydan Hadiff sedang tidur di lukisan tersebut, sebaliknya dia dan suami tidak tidur.

“Aydan tidur dulu, nanti mama dengan ayah tidurlah,” ujar kanak-kanak tersebut dan wanita itu bertanya lagi kedudukan Aydan Hadiff yang terlalu jauh serta bukan berada di tengah mereka.

Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut hanya ketawa dan Wunny turut mempersoalkan lukisan tersebut yang menunjukkan Aydan Hadiff tidak mempunyai kaki dan tangan.

“Mama ini yang macam bayi pakai tu mama. Aydan jadi bayi balik,” kata kanak-kanak itu sambil dinyatakan ibunya iaitu bedung.

“Allahu rupanya bukan kain bedung, tapi kain kafan. Satu lagi gambar Aydan lukis lebih besar, ‘sebiji’ dengan pakaian terakhir Aydan siap berkopiah putih,” kata wanita tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*