“Disabit kesalahan dalam tempuh 4 jam…” Selepas 91 tahun mati baru dibuktikan tidak bersalah

“Disabit kesalahan dalam tempuh 4 jam…” Selepas 91 tahun mati baru dibuktikan tidak bersalah.

Seorang remaja kulit hitam yang menjalani hukuman mati pada 1931 kerana disabit kesalahan membunuh wanita kulit putih dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Pennsylvania, selepas beberapa dekad diperjuangkan adiknya.

"Disabit kesalahan dalam tempuh 4 jam..."  Selepas 91 tahun mati baru dibuktikan tidak bersalah
KERATAN akhbar New York Daily News pada 1930 menunjukkan Alexander McClay Williams sebelum disabitkan kesalahan membunuh wanita kulit putih.

Alexander McClay Williams yang berusia 16 tahun ketika menjalani hukuman itu disabit kesalahan oleh juri hanya dalam tempoh empat jam dan kekal menjadi individu termuda dikenakan hukuman mati.

Turut baca

Namun, selepas 91 tahun, hakim membatalkan pertuduhan tersebut dan mengisytiharkan Williams tidak bersalah.

“Saya amat gembira kerana itulah keputusan yang sepatutnya diterima sejak awal lagi.

“Kami hanya mahu keputusan ini diubah kerana kami tahu Williams tidak bersalah dan kamu mahu semua orang tahu tentang ini,” kata Susie Williams-Carter, iaitu adik perempuan Williams.

Pada 3 Oktober 1930, bekas suami Vida Roabre, seorang matron kulit putih di Sekolah Kanak-Kanak Lelaki Glen Mills menemukan mayat wanita tersebut.

Berdasarkan kes, mangsa dibunuh kejam di rumahnya di sekolah tersebut yang juga dijadikan sebagai pusat tahanan pesawah juvana.

Williams yang menjalani tahanan di pusat terbabit, dituduh melakukan jenayah tersebut.

Remaja itu disoal siasat sebanyak lima kali tanpa kehadiran peguam atau penjaga dan menandatangani tiga pengakuan, walaupun tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan terhadapnya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*