Dilabel pengkhianat, share resipi bangsa sendiri, wanita india ini bidas komen netizen

Kebiasaannya, ramai peniaga yang memilih media sosial untuk mempromosikan produk mereka seperti dalam platform TikTok

Ini untuk menunjukkan bagaimana produk keluaran mereka dibuat dan menerangkan tentang manfaat-manfaatnya dalam konten mereka.

Namun, lain pula yang jadi apabila seorang peniaga wanita membalas komen seseorang individu yang tidak berpuas hati dengan perniagaannya telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dhacaayani79 di TikTok, kelihatan seorang peniaga wanita berbangsa India sedang menuangkan adunan sabun ke dalam bekas plastik di rumahnya. Difahamkan, ia merupakan produk herba buatannya sendiri.

Apa yang menarik perhatian adalah dia membuat konten membalas komen netizen sambil menunjukkan bagaimana produk-produknya dibuat.

Dalam video itu, komen tersebut mengandungi kecaman kerana dia telah dilabel sebagai pengkhianat kerana berkongsi resipi dan menjual produk tradisional bangsanya kepada orang Melayu.

Walau bagaimanapun, dia tidak melatah dan membalasnya dengan penuh tenang serta lembut. Katanya, semua agama mengajar benda yang sama iaitu tidak kedekut untuk berkongsi perkara yang dapat memberi manfaat antara satu sama lain sekaligus mendapat rezeki yang melimpah ruah.

Dia juga memberi pesanan supaya semua saling menghormati walaupun berbeza agama.

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.5M views, 82K likes dan 187 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menyokong perniagaan wanita itu dan memuji produknya yang amat berkesan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dilabel pengkhianat, share resipi bangsa sendiri, wanita india ini bidas komen netizen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*