Dikritik bergandingan dengan Zack X Factor dalam drama, Abby Abadi tempelak sikap netizen – Nampak hitam sangat hati tu!

Penyanyi dan pelakon Abby Abadi menempelak sikap sesetengah netizen yang gemar mengutuknya di media sosial.

Difahamkan, ada sesetengah netizen mengkritik lakonannya yang dianggap seperti ibu dan anak apabila digandingkan bersama pelakon Zack X-Factor.

Sekarang saya berlakon dengan Zack X Factor. Kami sebaya. Ada yang dengki kata nampak macam mak dengan anak.

Nampak hitam sangat hati tu. Jelous ke wak? Kurus jelous. Awak okay ke tu? Bahagia tak hidup tu?

Abby juga menasihatkan agar mereka yang tidak senang hati melihatnya agar mengabaikan sahaja hantarannya di media sosial.

Tak baik tau jelous dengan rezeki orang. Rezeki awak pun ada dah Allah aturkan. Jadi jaga diri baik-baik okay.

Esok saya masuk gambar dengan video lagi banyak okay. Yang suka, tengok, tak suka abaikan.

Sebelum ini, Abby turut menerima kecaman yang sama apabila dia tampil berlakon bersama Aeril Zafril bagi tujuan mempromosi produk kecantikan namun dikritik seakan-akan ‘menggeletis’.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*