Dikecam pertahankan ‘Abang Bas’ – ‘Orang Malaysia suka maki, tak ingat mati ke?’

Dikecam gara-gara mempertahankan ‘Abang Bas’, pelakon Abby Abadi kesal dengan tindakan netizen yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata kesat.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, turut menasihati orang ramai untuk bertenang dan beristighfar sebelum membuat kecaman melulu.

“Saya cuma komen dalam hantaran Datuk Vida pun jadi berita sampai ada yang caci maki saya.

Kenapalah orang Malaysia ini suka maki-maki orang. Tak ingat mati ke? Istighfar ya,” katanya menerusi InstaStory.

Terdahulu, Abby meluahkan pendapatnya mengenai ‘Abang Bas’ yang ditahan atas tindakan memuat naik video bersama budak sekolah yang disifatkan tidak mempunyai niat buruk seperti digembar-gemburkan.

Pelakon drama kepolisan Gerak Khas itu berbuat demikian dalam ruangan komen hantaran dimuat naik usahawan terkenal Datuk Seri Vida yang bersimpati dan kasihan terhadap ‘Abang Bas’.

Segelintir netizen nyata tidak bersetuju dengan pendapat Abby sekali gus meninggalkan kecaman terhadapnya.

Diam lebih baik, biar mahkamah buat keputusan. Ada anak kan? Jaga anak baik-baik,” nasihat netizen.

“Kita ada anak, jaga anak masing-masing. Betul atau tak lebih baik diam sahaja,” ujar pengikut.

‘Abang Bas’ didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas was pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan. Namun, dia dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM40,000.

Rentetan itu, keluarga ‘Abang Bas’ berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka.

Antara selebriti popular yang lantang bersuara menentang perbuatan ‘Abang Bas’ ialah Diana Danielle, Uyaina Arshad dan Caprice.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*