SEORANG warga emas lelaki berusia 60 tahun dari Thailand dilaporkan hidup semula selepas satu jam dia diisytiharkan meninggal dunia.
Terkejut dengan situasi aneh berkenaan, keluarga lelaki yang dikenali sebagai Charnchai itu menghubungi seorang dukun bagi membantu menjelaskan kejadian ganjil tersebut.
Selepas ‘kembali bernyawa’, keluarganya mengesan perubahan pelik pada lelaki berkenaan, antaranya dia enggan menjamah makanan dan mengaku melihat cahaya misteri di dalam rumah mereka.
Selain itu, dia juga akan menangis tanpa dapat dikawal dan menyanyi bersendirian.
Charnchai juga mampu ke bilik air tanpa dibantu walaupun sebelum ini dia tidak boleh berjalan.
Bukan itu sahaja, dia dikatakan mengambil begitu banyak minuman keras setiap hari namun tidak menunjukkan sebarang tanda mabuk.
Situasi aneh itu mengundang kebimbangan keluarganya, justeru mereka percaya entiti ghaib telah merasuki badan Charnchai.
Dukun yang dihubungi keluarga Charnchai melakukan ‘rawatan’ dan berkomunikasi dengan entiti ghaib berkenaan.
Dia menyimpulkan bahawa entiti itu tidak akan kekal lama di dalam tubuh Charnchai yang akan hidup selama empat hari lagi.
Dia turut mengarahkan keluarga Charnchai untuk bersiap sedia menghadapi kematian lelaki tersebut, selain menasihati mereka untuk menuruti apa sahaja kemahuannya.
Turut baca :
Leave a Reply