Didera majikan kejam, pembantu rumah alami trauma, pernah dipukul dengan kayu. Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa dirinya didera oleh majikan dengan kejam termasuklah simbah air panas sehingga badan melecur sejak tiga tahun lalu menjadi punca dia mengalami penyusutan berat badan lebih kurang 30 kilogram akibat kekurangan zat makanan.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia iaitu Hermono berkata, berat asal mangsa semasa lapor diri sebagai pembantu rumah adalah 78 kilogram pada 2019.
Ini bermakna mangsa menderita akibat kekurangan zat makanan akut.
Turut baca :
- {VIDEO} “Ini ujian untuk saya…” Treler bawa Honda terbakar, pemandu akur kena ‘rehat’ sementara
- “Tak sangka video bot tular…” Gerun lihat bot bertembung, lelaki tampil maklumkan keadaan
Ujar Hermono lagi, akibat dari penderaan yang kejam, mangsa yang berusia 46 tahun itu masih mengalami trauma dan kini ditempatkan di bawah jagaan Kementerian Kebajikan Masyarakat (JKM).
Perbuatan kejam majikan terbongkar apabila mangsa melarikan diri untuk mendapatkan bantuan orang awam selepas tidak tahan dipukul dengan kayu sehingga mengalami kecederaan di muka selain dikurung dan dikawal ketat.
Leave a Reply