KLUANG – “Dia budak yang baik, selalu datang ke masjid untuk berjemaah bersama penduduk felda, malah ada kalanya azan ketika masuk waktu solat.”
Demikian kata Ketua Kampung Felda Ayer Hitam, Abd Halim A.Razak ketika diminta mengulas kejadian seorang lelaki yang ditahan kerana menikam ibunya dengan pisau hingga menemui ajal kira-kira pukul 10.45 pagi semalam.
Menurut Abd Halim lagi, penduduk di tanah rancangan itu terkejut dengan kejadian itu kerana selama ini anak ke tiga daripada lima adik beradik itu tidak pernah mendatangkan sebarang masalah di dalam penempatan berkenaan.
“Kami tidak menyangka perkara seperti itu boleh dilakukannya (suspek) kerana tiada tanda-tanda dia akan melakukan sesuatu diluar jangkaan.
“Walau bagaimana pun, perkara sudah berlaku dan diharapkan dapat bersabar dengan dugaan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, bapa suspek, Masrudin, 49, percaya bukan tindakan atau kawalan anaknya kerana sedang menjalani rawatan mental sejak enam bulan lalu.
“Saya percaya itu bukan dia, kalau ikut saya, itu bukan tindakan dan kawalan anak saya,” katanya.
Baca juga :
Leave a Reply