Demi bantu rakyat, cadangan sebelum ini naikkan tarif elektrik tidak diteruskan – PM

Kerajaan tidak berhasrat menaikkan tarif elektrik bagi pengguna domestik, kata perdana menteri.

Anwar Ibrahim berkata kerajaan membuat keputusan itu kerana tidak mahu membebankan rakyat, lapor Bernama.

“Kita memutuskan supaya cadangan awal untuk menaikkan tarif elektrik itu tidak diteruskan kerana ini akan membebankan rakyat,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri.

Menurutnya, jika tarif elektrik dinaikkan sekali pun ianya akan melibatkan syarikat multinasional serta syarikat gergasi yang mengaut untung besar.

Demi bantu rakyat, cadangan sebelum ini naikkan tarif elektrik tidak diteruskan - PM

“Tetapi utk rakyat, IKS (industri kecil & sederhana) atau SME tidak terlibat, syarikat pertanian dan pengeluar makanan tidak juga dikenakan,” katanya.

Perdana menteri turut memaklumkan bahawa kenaikan tarif elektrik melibatkan syarikat gergasi berkenaan akan dilakukan secara berperingkat.

Pengumuman mengenai kenaikan tarif elektrik melibatkan syarikat gergasi terbabit akan diumumkan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, kos ditanggung kerajaan melibatkan subsidi elektrik mencecah RM30 billion setahun.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*