“Demi Allah, saya tiada niat pun cari publisiti… Abby Abadi nafi buat ‘content’ masalah keluarga

Pelakon Abby Abadi tampil menjawab kritikan sesetengah pihak yang menuduhnya sengaja mencari populariti dengan meluah perasaan di media sosial.

Ujar Abby yang ditemui media, dia sama sekali tidak mengganggap segala luahan hatinya itu sebagai sengaja meraih publisiti sebaliknya ia berlaku secara sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

Demi Allah, saya tiada niat nak buat konten (mengenai masalah keluarga) atau apa pun. Ia hanya berlaku secara sendiri. Kalau nak ikutkan, tidak ada pun yang saya luahkan.

Dia juga menganggap netizen gemar membuat andaian dan menjangkakan perkara lain yang terjadi.

Mereka ini hanya buat andaian sahaja. Benda yang saya muat naik itu pun saya hanya masukkan lagu dan juga petikan ayat sahaja. Orang yang menjangkakan benda lain. Itu baru sikit, banyak lagi yang sebenarnya saya simpan.

Abby juga menafikan dia sengaja pusing cerita mengenai berita kematian anak kepada Marissa Dania bulan lalu.

Mengenai Marissa kematian baby saya memang tak tahu dan lambat dapat tahu. Demi Allah, saya tak tahu. Ada yang kata saya pusing cerita. Tahu tapi buat tak tahu, aduhai, apa yang pusingnya? Saya dapat tahu lepas semuanya selesai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

Meskipun pelbagai masalah menimpa keluarganya sebelum ini, Abby meluahkan rasa syukur kerana anak-anaknya masih menghormati dirinya.

Pelakon itu juga berkata dia hanya reda dengan apa yang terjadi dalam kehidupannya kini bersama anak-anak.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*