Dek cinta tak berbalas, gadis maut dicekik lelaki kejam, leher dijerut dengan tudung

DEK kerana cinta tak bersambut, seorang lelaki bertindak kejam membunuh gadis tercinta.

Itu yang berlaku di Indonesia, seorang pelajar Institut Teknologi dan Perniagaan Indragiri Hulu, Lily Suryani Ningsih, 21, ditemui mati, setelah penemuan rangka manusia dalam semak.

Mangsa dilaporkan hilang oleh kakak mangsa, Rima Andika yang mendedahkan adiknya tidak dapat dihubungi sejak 1 November 2023.

Pun begitu, mayat mangsa ditemui Isnin minggu lalu selepas 13 hari dilaporkan hilang di Teuk Erong, Kampung Daging, Daerah Rengat, Indragiri Hulu.

Apa yang sangat memilukan pelaku pembunuhan itu ialah rakannya, Zulkifli Alias Iza, 24, yang baru tiga kali ditemuinya.

Apa yang sangat memilukan pelaku pembunuhan itu ialah rakannya, Zulkifli Alias Iza, 24, yang baru tiga kali ditemuinya.

Menurut teman sebilik mangsa, Maysaroh berkata Lily yang dikenali adalah seorang yang baik, menutup aurat dan kuat agama.

Mangsa diketahui tidak pernah menjalinkan hubungan malah Lily juga tidak pernah bercerita tentang keakrabannya dengan Zulkifli.

“Dia sentiasa fokus belajar, tidak pernah menjalinkan hubungan. Kami bercadang untuk membuat kerja berkumpulan pada hari Sabtu,” kata Maysaroh.

Dek cinta tak berbalas, gadis maut dicekik lelaki kejam, leher dijerut dengan tudung

Namun, pada Rabu malam, itu merupakan pertemuan terakhir Maysaroh dengan Lily.

Dalam pada itu, ibu bapa mangsa turut meluahkan perkara yang sama.

Ujar bapanya, Aroni, anak keenamnya itu seorang yang agak pendiam dan jarang bercerita tentang kehidupan sehariannya.

Oleh itu, Aroni amat berasa kehilangan dengan kematian anak perempuannya. Dia juga menzahirkan terima kasih atas kepada pihak berkuasa kerana berjaya menangkap pelaku.

“Kami berharap penjenayah diberi hukuman setimpal, nyawa dibalas nyawa,” katanya.

Dalam sebuah sidang media, polis berkata selepas pertemuan pertama, mangsa dan pelaku berhubung antara satu sama lain melalui chat dan SMS.

Diketahui, pelaku mempunyai niat untuk berpacaran dengan mangsa, walaupun lelaki kejam itu sebenarnya sudah mempunyai isteri.

Pun begitu, dipercayai mangsa belum menerima pelawaan pelaku untuk bercinta dengannya.

“Selepas rancak berbual dan SMS, pelaku dan mangsa mengadakan pertemuan kedua. Kemudian pada pertemuan ketiga, mangsa mengambil pelaku di bilik sewanya dengan menaiki motosikal,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Inhu, AKP Primadona pada Selasa.

KRONOLOGI

1. Dalam pertemuan ketiga pada 1 November lalu, mangsa dan pelaku berjalan di sekitar Daerah Rengat.

2. Mangsa dan pelaku turut makan malam bersama disaksikan rakan sekerja mangsa, Sandra, di sebuah kedai mi di mukim Kampung Dagang. Selesai makan, mangsa dan pelaku meneruskan perjalanan di sekitar Daerah Rengat.

3. Setibanya di Teluk Erong, Kampung Dagang, Daerah Rengat, pelaku membunuh mangsa. Penjenayah mencekik mangsa menggunakan tangan, namun mangsa berjaya pertahankan diri. Pelaku kemudian mengheret mangsa ke dalam semak sambil menyepit leher mangsa menggunakan lengannya. Mangsa yang lemah menjadikan pelaku lebih ganas.

4. Penjenayah mencekik mangsa sekali lagi menggunakan tudung mangsa dan kemudian menendang muka mangsa sehingga patah gigi hadapan.

5. Kemudian pelaku pergi meninggalkan mangsa di dalam semak. Mayat Lily ditemukan oleh penduduk yang curiga dengan bau busuk yang datang dari semak.

6. Ketika ditemui, yang tinggal hanya rangka. Tengkorak itu kemudian dibawa polis ke Hospital Besar Wilayah Indrasari Rengat untuk bedah siasat.

7. Polis berjaya menahan pelaku pembunuhan itu yang bernama Zulkifli. Hasil siasatan sementara menunjukkan, pelaku nekad membunuh kerana mahu merampas harta benda mangsa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*