Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan sambutan Ambang Merdeka 2024 yang dijadual berlangsung di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini.
Menurut hantaran di laman Facebook DBKL, pembatalan itu adalah sebagai menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar ibu kota baru-baru ini.
DBKL turut mengajak orang ramai bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik.
Insiden tanah jerlus pada Jumaat lepas di Jalan Masjid India menyebabkan seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ dengan operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam hari ini.
DBKL dalam kenyataan malam ini memaklumkan pasukan JBPM telah memasuki saluran kumbahan secara huluan dari lurang di Wisma Yakin manakala kerja-kerja shoring (sistem sokongan sementara) secara manual dan kerja-kerja penggalian juga dilaksanakan.
Menurut DBKL, usaha mengesan mangsa menggunakan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar yang menembusi tanah oleh Jabatan Mineral dan Geosains diteruskan serta disambung esok.
Turut baca :
Leave a Reply