Polis telah merakam keterangan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi yang didakwa menggunakan gelaran “Datuk Seri” palsu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata siasatan lanjut masih diteruskan ke atas individu berkenaan.
“Beliau (Individu itu) telah diambil keterangan dan kita sedang teruskan siasatan.
“Suka saya tegaskan bahawa perbuatan menggunakan gelaran kebesaran tanpa melalui proses yang sah adalah satu kesalahan dan perkara ini diambil serius oleh pihak Istana Pahang.
“Pihak polis akan mengambil tindakan tegas termasuklah mendakwa mereka yang berkenaan,” katanya kepada Malaysiakini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.
Semalam, Malaysiakini melaporkan polis sedang menyiasat anggota lembaga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi yang didakwa menggunakan gelaran “Datuk Seri” palsu yang dikaitkan dengan Istana Pahang.
Ia susulan satu laporan polis dibuat di Pahang pada 26 Jul lalu mendakwa individu berkenaan belum menerima sebarang anugerah dari istana Pahang yang membawa gelaran itu.
Turut baca :
Leave a Reply