‘Datuk glamour’ bertindak kejam, amah Indonesia tekad larikan diri.
Seorang amah Indonesia melalui detik-detik yang sukar apabila dikatakan ditampar, ditendang dan dipukul di kepada dengan panyampu oleh majikannya yang begelar ‘Datuk’.
Memetik laporan, amah berusia 60 tahun itu, perkara itu terpaksa dilalui saban hari sebelum berjaya meloloskan diri dari ‘neraka’ berkenaan.
Satuni (bukan nama sebenar) memaklumkan yang dia juga terpaksa bekerja dalam keadaan tidak bermaya walaupun sedang dijangkiti wabak tempoh hari.
“Tenaga saya tak ada, jadi saya baring (di luar tandas), (kemudian) saya ditendang, (Datuk menjerit) bangun, jangan buat drama. Dua kali ditendang,” katanya.
Difahamkan, ketika ini Satuni telah mendapatkan perlindungan di Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur selepas berjaya melarikan diri. Dia kini sedang menunggu waktu dihantar pulang ke kampung halaman selepas tidak tahan menjadi mangsa dera.
Tambah pembantu rumah itu lagi, majikannya tidak pernah memberikan gaji walau sesen pun sejak 4 bulan dia bekerja dan wanita glamour itu kerap memukulnya atas alasan-alasan remeh seperti habuk dinding jatuh ke lantai dan tidak dibersihkan.
“Ambil penyapu, splass (pukul) kepala saya tiga kali”. Kata saya, “Datuk, selama saya punya majikan, tak ada garang seperti kamu,” ceritanya.
Bukan itu sahaja, Satuni juga sering dihina oleh anak majikan seramai 3 orang dan kerap mengingatkannya bahawa dia adalah orang miskin dan merempat di negara ini (Malaysia).
Tak hanya itu, dia turut pernah ditampar oleh datuk tersebut hanya kerana menegur anak majikan.
“Saya, kalau tak ada kawan-kawan, tak tahulah (apa nasib). Siang malam saya menangis. Kalau tengah malam pun saya menangis, terfikir-fikir anak saya,” kata Satuni.
Tidak tahan akan perkara itu, dia tekad melarikan diri bersama seorang lagi pembantu rumah dan terus menuju ke Kedutaan Indonesia untuk mendapatkan bantuan.
Menurut Yati (bukan nama sebenar) juga menyatakan hal sama apabila sering dimarah, ditampar dan dipukul oleh majikan sejak beberapa bulan berkhidmat di rumah ‘datuk’ berkenaan di Shah Alam.
“Hari-hari selalu dimarahi. Setiap detik setiap jam. Kalau Datuk mahu keluar, (saya kena) pakaikan kasut di kaki. Kalau salah sedikit, itu langsung ditendang. Pakai sepatu (kasut) enggak cepatan, langsung dilempar,” kata Yati.
Bagaimanapun, mereka bernasib baik apabila jiran kepada majikannya sudi membantu dengan menghantar mereka berdua ke kedutaan sewaktu ‘datuk’ tersebut pergi mengerjakan umrah sebelum Aidilfitri tempoh hari.
Setelah tinggal di kedutaan beberapa hari, Yati dan Satuni mendapat berita yang pemandu, pengawal banglo dan seorang lagi pembantu rumah yang kesemuanya warganegara Indonesia turut melarikan diri dari banglo ‘Datuk’ berkenaan.
Sementara itu, Wakil Kedutaan Indonesia memberitahu sumber bahawa pihak mereka sedang berusaha mengambil tindakan mahkamah terhadap ‘Datuk’ berkenaan untuk memberi keadilan kepada semua pekerja itu termasuk Satuni dan Yati.
Turut baca
- “Panik Malaysia henti eksport ayam…” Singapura jual KFC RM3.8 juta, popcorn ‘chicken’ RM1.9 juta
- {VIDEO} Lelaki ‘panas’ ditegur ‘pak guard’, ini berlaku selepas itu
- Panas !!! Pelakon ‘persoal’ pihak berkuasa ‘membisu’ projek lombong di Perak
Leave a Reply