Dana RM600 bilion : SPRM, Sany Hamzan bertemu dalam masa terdekat

Satu pertemuan akan dijalankan di antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Pengarah Biro Mobilisasi Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sany Hamzan dalam tempoh terdekat berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 billion tanpa tender ketika era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, pertemuan itu bagi mendapatkan maklumat termasuk dokumen berkaitan dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini berikutan dakwaan Sany bahawa beliau sedang mengumpul pelbagai bukti pelanggaran prosedur berkaitan dakwaan penyelewengan tersebut dan akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” kata sumber itu.

Turut baca : Seleweng RM600 billion : Sany Hamzan sedia serah bukti jika dipanggil SPRM

Pada 30 November lalu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan membuat laporan polis berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana RM600 bilion yang dikatakan berlaku semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Muhyiddin semalam menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan beliau tidak takut untuk disiasat.

Isnin lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan kepada Utusan Malaysia, pihaknya memulakan siasatan berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 billion tanpa tender ketika era pentadbiran kerajaan PN.

Dana RM600 bilion : SPRM, Sany Hamzan bertemu dalam masa terdekat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*