‘Dalang’ utama kes ‘kontena terbang’ ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki warga Singapura kerana disyaki merasuah pegawai penguat kuasa sebagai balasan membantu melepaskan barang-barang diimport syarikat-syarikat miliknya.

Sumber SPRM berkata lelaki berusia 40-an yang disyaki dalang utama dalam kes kontena lari cukai (“kontena terbang”) ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya 5 petang semalam.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama enam hari sehingga 30 Jun dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin,” menurut sumber berkenaan ketika dihubungi Bernama.

Menurut beliau suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024.

Siasatan awal mendapati wang telah diberikan secara tunai kepada 11 pegawai penguat kuasa yang disyaki terlibat secara tunai, tambahnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a) dan 17(a) Akta SPRM 2009.

SPRM dalam kenyataan pada 13 Jun lepas memaklumkan telah menahan 17 orang termasuk 11 pegawai kastam dan enam pengarah dalam kes kontena terbang melibatkan ketirisan dianggarkan berjumlah RM3.5 bilion di Pelabuhan Klang sejak 10 tahun lepas.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*