‘Dahlah cantik, bijak pula’ – Perkongsian Hawa belajar di Oxford raih pelbagai pujian

PERKONGSIAN Hawa Rizwana yang mengambil kursus pendek di Universiti Oxford, London baru-baru ini meraih pelbagai respons positif ramai.

Meskipun hanya kursus pendek, ramai memuji Hawa kerana masih mahu menuntut ilmu walaupun sudah mempunyai kerjaya yang bagus.

Disebabkan itu, ramai yang mula bertanya dan melahirkan hasrat untuk mengambil kursus pendek tersebut. Seronok Diva tengok sebab Hawa jadi inspirasi untuk orang ramai terus belajar.

“Sudahlah cantik, bijak pula. Perlu dijadikan contoh.

“Tak kisahlah seminggu ke sebulan, asalkan berpeluang belajar di Universiti Oxford, tahniah!” komen netizen.

Ada juga yang tidak sedap didengar apabila terdapat segelintir individu mempertikai tempoh pengajian hanya seminggu dan tidak berbaloi dengan penat lelah.

“Alahai seminggu sahaja, tidak habis penat sudah balik. Selamat berjaya dan berseronok dengan program itu,” kata individu tersebut.

Kalau tiada perkara baik untuk dituturkan, lebih baik senyap. Tak perlulah nak kecam perkara baik sebegini.

Lebih baik jadikan contoh, manalah tahu anak cucu kalian pula dapat menyambung pengajian di universiti terkemuka dunia itu. Sabarlah ya Hawa.

DIVA: Selain Hawa, ada juga beberapa selebriti lain yang turut mengambil kursus pendek itu termasuk Uyaina Arshad dan Syamim Freida.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*