TikTok merupakan platform yang menjadi kegilaan ramai pada hari ini
Tidak kira bagi golongan muda mahupun tua. Banyak konten kita boleh lihat dikongsikan. Sudah tentu, ada konten yang menjadi trend dan diikuti ramai orang.
Namun, bukan semua konten kita boleh ikuti. Jika ia memudaratkan, lebih baik jangan. Bukan saja mencemarkan imej kita malah boleh mencemarkan imej agama kita.
Baru-baru ini, tular apabila trend rakam aksi mencium Kaabah yang semakin diikuti di media sosial.
Menerusi satu posting di Facebook, seorang individu meluahkan rasa kecewanya terhadap trend yang semakin menjadi ikutan ramai itu.
Menurutnya, trend itu seolah-olah seperti tidak menghormati tempat suci tersebut. Malah, ia juga mencemarkan imej sebagai umat Islam.
Turut baca :
- {VIDEO} “Nak konvoi memang kena sebelah kanan ya?” Lelaki ‘persoal’ trak tentera, polis konvoi di lorong kanan highway
- {VIDEO} ‘Maafkan saya bang’ – Isteri gagal selamatkan suami ditarik ombak di Pantai Batu Burok
- Tragedi berdarah! Enggan serah diri walaupun tahu nyawa bagaikan telur di hujung tanduk
“Aku hairanlah kan, macam mana depa ni boleh tergamak ek sibuk rakam ketika jemaah lain sedang berebut-rebut nak sentuh Ka’bah tu, bersilang tangan sehingga mengganggu jemaah lain semata nak ikut trend tiktok, ada tu siap rakam aksi menangis sebak lagi.
“Aku baca dekat komen tu ramai non muslim mempersoalkan aksi segelintir umat islam yang seolah tidak menghormati tempat suci sendiri,” tulisnya.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai isu itu.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1K likes, 37 comments dan 2.8K shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:
Lihat posting itu di bawah:
Leave a Reply