“Orang dah cakap jangan sorok minyak masak, kau sorok juga. Kau tak serik nak sorok, abang tak serik nak langgar. Kau sorok, abang langgar.”
Itu amaran keras oleh seorang pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi satu konten di laman rasmi Facebook KPDN Melaka.
Amaran berkenaan dibuat menerusi satu video yang dikongsikan yang turut memaparkan sebuah kedai runcit diserbu apabila dikesan pemiliknya menyorok bekalan minyak masak peket di stor.
Terdahulu, dua pegawai KPDN telah menyamar sebagai pembeli yang bertanya apakah ia ada dijual, tetapi pekerja di kedai berkenaan menjawab, ‘tiada’.
Namun, lima minit kemudian apabila serbuan dibuat, didapati sekitar lapan kotak minyak masak peket disimpan di stor kedai berkenaan.
“Tak sampai lima minit awak cakap minyak langsung tak ada, botol dan peket pun tak ada.
“Bila pergi belakang, ada tujuh lapan kotak. Kenapa tak letak kat depan?,” soal pegawai berkenaan.
Pekerja yang mengaku berwarganegara Pakistan itu memberi alasan ia hanya salah faham tetapi gagal mengemukakan bukti apabila diasak oleh kedua-dua pegawai berkenaan menyebabkan stok minyak masak itu dirampas.
Turut baca :
- Cemburu punca lelaki tetak ibu saudara 27 kali
- Rasa marah itu normal dan tidak berbahaya, tapi orang ‘panas baran’ berisiko jadi pembunuh
Perkongsian berkenaan sekali gus mendapat pujian orang ramai yang berharap supaya ia menjadi contoh kepada pegawai-pegawai KPDN yang lain.
“Mantap eh abang-abang KPDN Melaka buat konten. Macam ni yang kita mahu. Jangan bagi muka kepada pendatang. Harap jadi contoh pada pegawai lain,” kata Nurul Bainun.
“Terbaik bang. Kena bawak seorang lagi kawan dari imigresen macam ni. Langgar sampai ‘babai’,” ujar Muhammad Nurshazni.
“Ini yang kita nak. Contoh untuk KPDN yang lain. Terbaiklah,” puji Shams Rosli.
Leave a Reply