“Comel awak punya tahi lalat…” Gadis rimas diganggu komando miang

BEKERJA di kaunter perkhidmatan memerlukan ketahanan mental dan kesabaran yang tinggi kerana lumrah manusia diwarnai dengan pelbagai ragam.

Lebih menguji kesabaran jika anda adalah seorang gadis, kerana rata-rata kaum Hawa cenderung untuk menjadi mangsa lelaki miang yang sering mencuba nasib.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang pekerja wanita yang sedang bertugas di kaunter perkhidmatan terpaksa melalui detik menjengkelkan apabila dia cuba dipikat seorang lelaki yang tidak disukainya.

“Comel awak punya tahi lalat...” Gadis rimas diganggu komando miang

Demi ‘menjual’ diri, lelaki terbabit mengaku merupakan anggota komando sebuah badan beruniform.

Menerusi video yang dirakam wanita itu secara tersembunyi, lelaki berkenaan didengari mula membuat ‘kacau’ sebaik dipercayai selesai memperbaharui insurans, selain turut bertindak menyanyikan lagu bagi menarik perhatian.

“Comel awak punya tahi lalat...” Gadis rimas diganggu komando miang

 

“Saya memang suka dekat awak tau. I love you. Saya akan tackle awak sampai dapat, komando tak pernah berputus asa.

“Daripada hari saya datang buat insurans saya dah mula suka awak, tapi awak tak layan. Awak berlagak.

“Bagi la nombor telefon please. sayang? Jom kita pergi makan. Awak tak suka saya ke, saya ni komando tau,” kata lelaki itu seperti dikaburi ilusi mimpi indahnya.

Wanita terbabit yang jelas tidak menunjukkan sebarang minat memohon untuk lelaki itu beredar tetapi malangnya tidak diendahkan.

“Ya, saya tak suka anggota. Berlagak. Tolong keluar, pergi la ke department sana,” ujar wanita itu sedaya upaya cuba untuk menamatkan perbualan dan melayani pelanggan yang seterusnya.

Kecewa dengan permainan kata yang tidak membuahkan hasil, lelaki itu mula menari supaya dapat melembutkan hati wanita tersebut.

“Comel la awak punya tahi lalat, jom la kita. Kalau orang dah suka awak tu, respons la sikit.

“Orang cakap dia tu cantik, comel, peramah dan ayu, tapi tak dihargai pun,” keluh lelaki berkenaan.

Setelah beberapa ketika, lelaki tersebut berputus asa dan meninggalkan wanita itu bersama seorang pelanggan lain yang baru tiba.

“Saya tak suka la dengan lelaki tu,” adu wanita tersebut kepada pelanggan itu.

“Macam-macam (perangai) orang zaman sekarang ni,” balas pelanggan lanjut usia itu sambil menggeleng kepalanya dan menutup pintu gelangsar agar lelaki terbabit tidak lagi datang mengganggu.

Menjengah ke ruangan komen pada video yang hingga kini meraih lebih tiga juta tontonan itu, kebanyakan warga maya risau akan keselamatan wanita itu.

“Kepada lelaki di luar sana, ambil jawapan tidak sebagai tidak. Usaha keras tanpa putus asa itu biar bertempat. Kami sebagai wanita sangat tak selesa dalam situasi macam ni, hanya mampu senyum macam kerang busuk je.

“Kalau berkasar, risau lelaki tercalar ego sampai mengamuk, kita pula yang dibunuhnya nanti. Dengar perbualan lelaki tu walaupun sekejap je tapi dah nampak banyak red flag ya. Semudah itu cakap I love you kepada orang tak dikenali.

“Mengurat cara macam ni pun ada eh? Betul punya muka tembok tak tahu malu. Psycho. Tak ada siapa pun yang hamak pasal kau punya komando tu, perempuan lebih risau pasal nyawa mereka sekarang ni,” kata warga maya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*