Cekik darah! Tiga pinggan nasi campur berharga RM156.50

Baru-baru ini, seorang lelaki mendedahkan sebuah restoran mengenakan caj makanan diambilnya dengan harga yang sangat mahal

Menerusi gambar yang dikongsi oleh Rhino Kl di dalam satu group di Facebook, kelihatan dia mengambil tiga pinggan nasi campur.

Setiap pinggan terdapat dua lauk utama serta kuah dan sayur. Antara lauk yang diambilnya ialah ayam goreng, sotong, dan daging.

Namun, ramai terkejut melihat harga yang perlu dibayarnya selepas melihat resit pembayaran yang dikongsi oleh lelaki berkenaan.

Tiga pinggan nasi campur berharga RM156.50

Menerusi resit pembayaran tersebut, dapat dilihat kesemua harga untuk tiga pinggan nasi campur tersebut ialah RM156.50.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ada yang berpendapat mungkin kerana kuantiti sotong yang diambil dalam salah satu pinggan tersebut banyak menyebabkan harga nasi campur itu jadi mahal.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*