“Cari isteri tak jumpa…” Lelaki mengamuk bakar pondok, pecah cermin kereta

Seorang lelaki mengamuk dengan membakar pondok dan memecahkan cermin sebuah kenderaan dipercayai akibat berang kerana tidak dapat menemukan isterinya dalam kejadian di Taman Seri Astana di sini, pukul semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek berusia 54 tahun juga didapati memegang sebilah parang ketika kejadian kira-kira 10.20 pagi itu.

“Suspek sebelum itu dikatakan mencari isterinya di rumah mereka di taman perumahan di situ selain di pasar pagi namun tidak menemukannya.

“Lelaki terbabit kemudian ke kedai makan yang sebelum ini diusahakan bersama isterinya dan masih tidak menemukan wanita berkenaan,” katanya di sini.

Turut baca

Kata Zaidy, suspek yang berang terus mengamuk dengan membakar sebuah pondok di belakang kedai makan milik mereka.

“Suspek yang merupakan seorang penganggur turut memecahkan cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria milik orang awam yang diletakkan berdekatan kedai makan tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, suspek melarikan diri ke kawasan semak di belakang pondok yang dibakarnya, sebelum polis yang menerima laporan ke lokasi danmenahan suspek.

“Ketika ditahan suspek tidak melawan dan mengaku bertindak sedemikian kerana tertekan akibat masalah rumah tangga. Polis turut merampas sebilah parang dan semakan awal mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah dan empat rekod dadah,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 435/427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api, khianat pecah cermin kenderaan dan ugutan jenayah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*