“Cakap tak serupa bikin… Wanita tak sangka suami sanggup scam bini sendiri

BERGELAR pengantin baharu, pastinya hati berbunga-bunga memasuki alam rumah tangga.

Bagi isteri, mempunyai suami yang penyayang dan bertanggungjawab sudah tentu menjadi satu impian serta harapan.

Bagaimanapun, seorang wanita berasa dirinya seolah-olah tertipu selepas berkahwin dan bergelar isteri.

“Aku baru kahwin, tapi kau rasa macam kena scam. Sebelum kahwin, aku ada cakap dekat dia, aku tak nak kerja lepas kahwin.

“Dia kata okay, dia boleh tanggung. Tapi lepas kahwin, dia suruh aku kerja juga,” katanya.

Menerusi satu luahan di laman X, dia mengakui keadaan ekonomi masa kini mungkin menyukarkan kehidupan jika suaminya bekerja seorang tetapi dia mempersoalkan janji yang tidak ditepati.

“Tapi dari awal (patut) cakap je tak boleh. Sekurang-kurangnya dia boleh cari isteri yang memang nak kerja.

“Aku cepat burnout, tak pandai kawal emosi, Dia pula tiap hujung minggu ajak berkumpul dengan famili. Aku ‘draining’ bila berkumpul,” ujarnya.

Menurut wanita itu lagi, dia juga sudah berbincang dengan suami, sebaliknya dia diminta untuk memahami situasi.

Luahannya itu bukan bermakna tidak bersyukur bersuamikan lelaki berkenaan, tetapi ‘penat’ dengan isu yang perlu dihadapnya satu persatu.

Tetap nekad dengan hasratnya yang mahu menjadi suri rumah selepas berkahwin, wanita itu merancang untuk berhenti kerja sekali lagi.

“Selepas beberapa bulan kahwin ni sebab aku rasa kena scam (sebab dia nak aku kerja juga), aku plan nak berhenti kerja dan balik kampung duduk dengan mak ayah.

“Aku nak scam dia pula kali ni. Tapi aku tak kuat nak tidur seorang,” ujarnya yang mengakui masih mahu menjalani kehidupan bersama suami.

Luahan wanita itu hangat diperkatakan malah ada yang melabelkannya ‘biawak hidup’ disebabkan banyak perkara yang enggan dilakukannya dalam kehidupan berumah tangga.

“Apalah bercinta sebelum kahwin tapi janji yang indah indah je. Yang lelaki pun tahu tak berapa mampu tapi layankan perangai girlfriend tak nak kerja (selepas kahwin).

“Macam mana dia boleh fikir tak kerja lepas kahwin? Kalau suami gaji RM10,000 okay la lagi kot. Kalau gaji RM4,000-RM5,000, hujung bulan sesak juga tu laki bini.

“Mesti dia menyesal mengadu akhirnya kena label biawak hidup je,” demikian antara komen warga maya.

Pada masa sama, wanita berkenaan turut dikritik kerana mementingkan diri sendiri sambil menegaskan bahawa menjadi suri rumah juga mempunyai cabaran dan dugaannya.

“Cepat burn out, tak pandai kawal emosi, tak nak kerja, tak nak berkumpul dengan famili, berhenti kerja nak duduk kampung. İni saya highlightkan untuk awak muhasabah diri.

“Dia ingat jadi suri rumah tak burnout ke? Jadi suri rumah tu lagi penat daripada pergi kerja. Dah la tak bergaji, nanti dapat duit poket sikit bising lagi,” jelas warga maya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*