Cabul polis wanita, pemandu teksi dicekup

Pemandu teksi warga Indonesia dicekup polis selepas disyaki mencabul seorang anggota polis wanita, dalam kejadian di medan selera di AU5, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian 10.55 pagi Khamis lalu, mangsa ketika itu sedang berdiri di bahagian meja untuk memilih kuih, namun secara mengejut suspek berusia 58 tahun berada di belakangnya dan didakwa bertindak meraba punggungnya.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata tidak puas hati dengan tindakan suspek, mangsa berusia 30 tahun mempersoal tindakannya, namun suspek tidak mengaku.

“(Sebaliknya) suspek menyalahkan pengadu kerana berdiri di kawasan sempit sambil memberitahu dirinya bersama isteri sedang bersarapan di situ.

“Susulan itu, polis membuat tangkapan terhadap suspek yang bekerja sebagai pemandu teksi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Farouk berkata, suspek direman selama tiga hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*