Bukan percuma ke? Pelanggan terkejut cili potong harga lebih RM3

Seorang pelanggan terkejut kerana sebuah restoran East di Bandar Ngee Ann, Singapura mengenakan caj sebanyak S$1 (RM3.48) untuk sepiring kecil cili potong, lapor portal berita MSNews hari ini.

Pada Isnin lalu, pelanggan itu menggunakan laman sosial, Facebook untuk menyatakan rasa terkejutnya bahawa sebuah restoran terkenal mengenakan caj untuk cili potong.

Pengurus restoran itu mengaitkan caj tersebut disebabkan oleh kenaikan harga barang selain menambah, proses memotong cili juga adalah rumit.

Pelanggan itu menulis bahawa caj S$1 itu tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan yuran perkhidmatan.

Wanita itu juga mendakwa bahawa semuanya adalah mengenai wang di Singapura.

Pelanggan itu berkata, dia tidak pernah dikenakan caj sedemikian kecuali di sebuah kedai makan di lapangan terbang Hong Kong.

Menurutnya, dia boleh membeli sebungkus cili dari pasar raya pada harga lebih murah.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*