Genap sebulan berhijab sebaik bergelar hajah, pengacara Raja Azura mengakui perubahan dilakukan adalah atas pilihan diri sendiri yang sudah semakin meningkat usia.
Ikhlas sepenuh hati, Raja Azura atau nama lengkapnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 51, berkata, sudah tiba masanya untuk dia mematuhi kewajiban menutup aurat.
“Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah. Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik.
“Kita semua makin lama makin berusia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.
“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya,” katanya.
Jemu dengan imej sebelum ini, pelakon filem Tiga Janda Melawan Dunia itu meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya agar kekal istiqamah dan tidak cepat menghukum mereka yang belum bertudung.
“Saya sudah melalui macam-macam perkara dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan, tidak kira baik atau buruk.
“Kalau ada dalam kalangan kita belum bertudung, jangan menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.
“Setiap orang akan melalui pelbagai dugaan dalam hidup. Jika tiada ujian, tidak mungkin mereka mampu menjadi seorang yang matang.
“Jadi, kena selalu berfikiran positif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah,” tuturnya tenang.
Dalam masa sama, ibu tunggal kepada dua anak itu turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang mengerjakan haji buat kali kedua bersama ibunya, pada Julai lalu
Kata Raja Azura yang mesra disapa Kak Engku itu, jemputan mengerjakan rukun Islam kelima itu adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka, sekali gus sebagai kejutan kepada ibunya yang sudah berada di Tanah Suci lebih awal.
Turut baca :
Leave a Reply