“Bukan kaleng-kaleng… Nenek ‘legend’ main snuker berbaju kelawar tular

Seorang wanita di Bekasi, wilayah Jawa Barat menjadi sensasi internet kerana kemahirannya bermain permainan snuker atau billiard, lapor saluran berita Indozone semalam.

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kedaipengaruhburuk memaparkan wanita itu dengan santai bermain snuker sambil mengenakan baju kelawar.

Lebih menarik apabila dia berjaya memasukkan bola satu demi satu ke dalam lubang meja snuker itu dengan tekniknya tersendiri.

Meskipun kelihatan sudah berusia, ia tidak menghalang wanita tersebut untuk beraksi dan membuat pukulan yang tepat.

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.2 juta tontonan dan meraih pujian ramai netizen.

“Ini pemain legend billiard yang sebenar!” puji seorang netizen.

“Mereka yang pro belum tentu boleh guna teknik seperti ini,” komen netizen lain. – AGENSI

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*