Pelakon Azhar Sulaiman sekali lagi menjadi mangsa kecaman warga maya apabila dia dilihat membenarkan anak perempuannya mengadakan parti di rumah.
Apa yang menarik perhatian warga maya adalah apabila video yang dimuat naik Azhar Sulaiman turut memperlihatkan botol minuman keras seperti yang didakwa netizen.
Ia sekaligus mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat dan pengikut media sosial pelakon itu namun video tersebut dipadam Azhar Sulaiman tidak lama kemudian.
Difahamkan, parti itu dianjurkan anak sulungnya, Kasih Leia Ixora bersama rakan rakan selain gaya penampilan rakan-rakan anaknya itu turut mendapat perhatian warga maya.
View this post on Instagram
Namun begitu, dalam banyak-banyak kecaman, ada juga yang memuji tindakan Azhar kerana memantau aktiviti anak-anak kerana lebih baik berparti di rumah dan bukannya di kelab malam.
Turut baca :
Leave a Reply