Budak perempuan 6 tahun disambar buaya ketika mandi sungai bersama datuk

Seorang kanak-kanak perempuan hilang selepas disambar buaya ketika mandi bersama datuknya di sungai Kampung Seberang Pasar Lama, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.30 malam tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau ke lokasi.

Budak perempuan 6 tahun disambar buaya ketika mandi sungai bersama datuk
Kawasan jeti yang menjadi lokasi mangsa disambar buaya ketika mandi bersama datuknya.

“Setiba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan mangsa seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun telah dibaham buaya ketika mandi di sungai kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

“Kejadian turut disaksikan oleh datuk mangsa. setakat ini, anggota bomba sedang melakukan pencarian di kawasan tebing jeti bersama-sama dengan pasukan polis,” katanya dalam kenyataan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*