Budak perempuan 4 tahun maut jatuh tingkat 16 pangsapuri

Seorang kanak-kanak dilapor maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah pangsapuri di Blok 12 E3, Fasa 12, Presint 9, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku kira-kira 7.50 pagi itu melibatkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Katanya, pihaknya melalui Pusat Kawalan Daerah menerima panggilan dari MERS 999 berhubung kejadian berkenaan.

“Selepas menerima maklumat berkenaan sepasukan anggota telah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Pihak polis dimaklumkan ambulans telah bawa mangsa ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya.

Jelasnya, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*