Budak perempuan 11 tahun meninggal dunia selepas seminggu ‘diratah’ rakan sekerja bapa

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang diculik dan dirogol meninggal dunia di sebuah hospital pada petang Isnin selepas bertarung nyawa selama seminggu.

Mangsa yang diculik di kawasan perindustrian daerah Bharuch di Gujarat, India itu mengalami kecederaan dalaman yang serius akibat serangan seksual.

Mangsa dirujuk ke Hospital SSG di Vadodara selepas menjalani rawatan awal di hospital awam di Ankleshwar.

“Dia mengalami serangan jantung kira-kira pukul 2 petang, selepas itu keadaannya semakin merosot. Dia stabil selepas rawatan, tetapi kira-kira pukul 5.15 petang, dia mengalami serangan jantung sekali lagi.

“Doktor memberikan rawatan segera, tetapi dia disahkan meninggal dunia pada pukul 6.15 petang,” kata Pegawai Perubatan Residen (RMO), Hospital SSG, Dr Hitendra Chauhan.

Tambahnya, mangsa turut mengalami kegagalan organ yang menyebabkan serangan jantung.

Dalam pada itu, polis sudah menahan suspek yang berusia 36 tahun pada Selasa.

Suspek menetap bersebelahan tempat tinggal kanak-kanak itu dan bekerja di kilang yang sama dengan bapanya. – Agensi.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*