Budak 12 tahun disyaki korban terkini strok haba, bapa kongsi simpton awal…

Kanak-kanak 12 tahun korban terkini strok haba, bapa kongsi simptom awal anak demam tak berpeluh. Dunia kala ini diuji dengan kemarau. Dan ia turut dirasai oleh negara kita di mana suhu adakalanya mencecah sehingga 33-37 darjah selsius. Bahangnya sangat terasa sehingga ramai yang lebih rela berkurung di dalam rumah dari keluar berjalan-jalan.

Jika minggu lalu, kita dikejutkan dengan kematian dua orang kanak-kanak akibat strok haba, terkini seorang lagi kanak-kanak menjadi korban terbaru strok haba.

Memetik laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun di daerah Kluang meninggal dunia semalam selepas disyaki mengalami simptom strok haba.

Airiel Syahren Syahrol disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini kira-kira jam 7 pagi.

Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak kedua daripada empat beradik itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.

Katanya, pada mulanya Airiel Syahren termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka mengalami demam biasa.

“Pada malam kejadian dia mengejutkan saya dan menyuruhnya tidur di ruang tamu mungkin kerana di bilik itu sejuk.

“Selepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia mengalami kekejangan di ruang tamu,” katanya.

Bapa Kongsi Simptom Awal Anak Demam Tak Berpeluh

Menurut Syahrol, dia menghubungi talian 999 sebelum disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

“Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tetapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai.

“Dalam tempoh itu, anak saya meronta-ronta sampai terberak, terkencing dan seperti menahan kesakitan. Adiknya juga mengalami perkara sama tetapi dalam beberapa minit sahaja,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bentong di sini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*