Buat ‘hidung baru’, Zarina Anjoulie nafi bangga ‘tayang dosa’

Aktres yang dikenali ramai iaitu Zarina Anjoulie atau mesra disapa sebagai Anju, baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas berasa gembira kerana proses pembedahan hidung baru berjalan dengan lancar.

Rujukan buat pengikut

Kata Anju, dengan pengalaman yang dilalui itu, ia boleh dijadikan rujukan buat pengikutnya jika ingin melakukan pembedahan yang sama.

Saya buat benda ini (pembedahan hidung) bukan sebab saya bangga buat dosa. Tetapi cara pendekatan saya bersama pengikut saya berbeza dengan orang lain.

Tak bangga tayang dosa

Dalam pada masa yang sama, pelakon itu turut menafikan bahawa dirinya bangga memaparkan dosa kepada umum.

Tambahnya lagi, selama ini dia tidak pernah berselindung sekiranya melakukan pembedahan atau perubahan di wajah mahupun anggota badan yang lain.

Semua artis buat pembedahan mereka akan sorok, tiada satu pun mengaku. Dari dulu saya buat perut, saya beritahu semua. Saya sedut lemak, saya beritahu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*