Boyfriend ‘dirembat’ wanita lain, gadis nangis tak henti buat ‘member’ risau.
Percintaan yang memakan masa bertahun-tahun lamanya pasti sangat menyedihkan sekiranya ianya putus di tengah jalan. Lebih-lebih lagi jika hubungan telah direstui keluarga, tapi tiba-tiba pasangan pula beralih arah.
Itulah kisah tragis seorang gadis, yang akhirnya ditinggalkan kekasih hati yang sangat dicintai, dan berkahwin dengan wanita lain…
Sesak dada rakan-rakan sekeliling apabila melihat kawan yang mereka sayangi, menangis tak berhenti, meratap perpisahan dengan teman lelaki yang disangka bakal menjadi suami.
Perkongsian @whoarial di Tiktok menunjukkan rakannya yang ditinggalkan teman lelaki yang telah bersama sejak 8 tahun lalu dan lebih emmilih wanita lain untuk dijadikan isteri.
Malahan, kata Arial, rakannya ini kerap mengasingkan diri dan menangis sendirian hingga dia risau gadis itu akan menjadi gila…
Rata-rata netizen simpati melihat keadaan wanita tersebut dan mendoakan agar dia segera pulih dari kesedihan ini. Dalam pada itu, ramai yang memuji dan kagum dengan rakan-rakan sekeliling, sudi menghulur semangat agar wanita itu kekal tabah.
Turut baca
Leave a Reply