“Bodoh betul dia ini… Rider hina, maki pekerja OKU dikecam pengguna media sosial

Seorang penghantar makanan mengundang kecaman pengguna media sosial selepas menghina seorang pekerja Orang Kelainan Upaya (OKU) di sebuah kafe di Kota Depok, wilayah Jawa Barat, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform X oleh akaun @kegblgnunfaxx, wanita OKU tersebut memberikan satu daripada dua makanan yang dipesan oleh pelanggan kepada rider tersebut.

Riak wajahnya juga kelihatan keliru apabila rider tersebut memintanya untuk memberikan satu lagi makanan.

Selepas seorang rakan sekerja memberitahu keadaan wanita tersebut, penghantar makanan itu mengamuk dan mula menghinanya.

“Bodoh betul dia ini, kalau cacat tidak perlu ambil jadi pekerja,” kata rider tersebut.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial sehingga dilihat oleh syarikat penghantaran makanan tersebut.

Syarikat itu berkata, pihaknya telah berjumpa dengan mangsa dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap kakitangan itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*