Bintang sinetron dedah ‘dijual’ ibu angkat demi wang ketika usia 15 tahun

BINTANG sinetron Talitha Curtis mendedahkan dia pernah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki lebih berusia daripadanya.

Ketika itu kata Talitha dia baru berusia 15 tahun dan ibu angkatnya yang memperkenalkan dia dengan lelaki tua tersebut.

Dedahnya lagi, dia sering bertemu dengan lelaki tersebut di sebuah hotel selepas dipaksa oleh ibu angkatnya demi mendapatkan wang.

Walaupun tidak rela namun Talitha akur kerana tidak mahu mereka sekeluarga terus hidup dalam kesempitan selain lelaki tersebut menaburnya dengan kemewahan.

“Ketika itu pakcik berkenaan menawarkan rumah dan kereta sekiranya saya benarkan dia mencium saya.

“Bila saya menolak ibu memarahi saya dan kerana terdesak saya akur akhirnya. Mula-mula memang takut tapi sudah terbiasa,” katanya.

Tarlita berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam podcast Asix.

Malah sejak itu dia terus menjalinkan hubungan bersama lelaki berusia kerana inginkan kehidupan yang mewah.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*