“Bimbang makan diri…” Melatah sejak 18 tahun, Wafariena risau ‘tertetak’ orang

Pelakon popular, Wafariena mengakui berdepan masalah melatah sejak berusia 18 tahun.

Menurutnya, tabiat itu bermula daripada sikapnya yang suka mengusik orang lain melatah yang akhirnya memakan diri.

"Bimbang makan diri..." Melatah sejak 18 tahun, Wafariena risau 'tertetak' orang
Pelakon popular, Wafariena

“Dulu suka mengusik atau menyakat orang-orang di kampung terutama kalau ada majlis kahwin. Lama-kelamaan, saya pun berjangkit tabiat ini sampai fobia jika melatah semasa memegang objek tajam, takut tertikam orang lain.

“Kadang-kadang, tengah memandu kereta seorang diri pun boleh melatah, takut juga hilang kawalan hingga terbabas,” katanya.

Sehubungan itu, pemilik nama Wafariena Roslan, 26, yang menyambut hari lahirnya semalam meminta orang ramai berhati-hati apabila bergurau dengan individu yang mempunyai tabiat melatah sepertinya.

“Saya risau jika tiba-tiba tetak orang atau hunus objek tajam yang mengakibatkan orang lain cedera. Kita pun tak tahu sebab melatah ini memang tiada ubat dan ia (melatah) bukan dibuat-buat,” ujarnya yang popu­lar menerusi watak Nurul Ain dalam drama rantaian, 7 Hari Mencintaiku itu.

Terdahulu, gelagat Wafa­riena memotong daging korban bersempena Hari Raya Aidiladha dan memegang pisau dalam keadaan melatah mencuri perhatian ramai.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*