Biarkan ibu kelaparan, anak derhaka mereput dimakan ulat. Seorang lelaki yang derhaka terhadap ibunya dengan membiarkan wanita itu hidup kelaparan ditemukan meninggal dunia dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Isaan, wilayah Buriram.
Semasa hidup, Thongdee Salangam, 57, menyeksa ibunya dengan tidak memberikan wanita itu makan kerana mahu dia mati cepat supaya dapat mewarisi harta pusaka, lapor Thaiger.
Anggota polis dari Balai Polis Satuek dan pasukan penyelamat Wang Krut berkata, kematian lelaki itu disedari jirannya yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih empat hari.
“Bau mayat itu sangat busuk kerana sudah mereput dimakan ulat di atas katil kayu.
“Kita juga turut menemukan ibu mangsa berusia 82 tahun yang terbaring di katil berhampiran mayat Salangam. Lelaki itu dipercayai mati kerana tuberkulosis (TB),” katanya.
Sementara itu, warga emas itu memberitahu dia tidak tahu-menahu anak lelakinya sudah mati.
Katanya, dia yang terlantar di katil sejak 10 tahun lalu, sudah hampir empat hari tidak menjamah sebarang makanan.
Walaupun wanita itu menerima bantuan orang kurang upaya dari pihak kerajaan, namun anak lelakinya mengambil kesemuai wang itu untuk membeli minuman keras dan tergamak membiarkannya kelaparan.
“Pernah satu hari, dia makan depan saya dan saya merayu hendak sesuap nasi, namun dia hanya berikan saya air paip.
“Dia sering pukul saya setiap kali mabuk. Saya tidak terbayang bagaimana saya masih hidup sampai sekarang.
“Tiada sesiapa lagi dalam hidup saya, apatah lagi yang akan menjaga saya sekarang. Keadaan bertambah sukar dengan ketiadaan bekalan elektrik,” ujarnya.
Turut baca
- PANAS | Ketua Hakim Negara berdepan laporan polis
- Lelaki menyamar Raja Muda Perak ditahan
- Rayuan akhir : Debaran menemani Najib
Leave a Reply