Tasik Chini merupakan tempat menarik yang sering dikunjungi oleh orang ramai
Kebiasaannya ramai yang akan menempah penginapan di sekitar lokasi itu. Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan sebuah keluarga mengalami situasi aneh.
Difahamkan, keluarga tersebut pergi bercuti di Tasik Chini, tetapi pada keesokan paginya mereka melihat keadaan resort menjadi buruk dan usang.
Pelik dengan keadaan tempat tinggal yang tak ada orang
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang bercuti di Tasik Chini.
Namun, apabila bangun esok paginya, mereka pelik keadaan resort menjadi buruk seperti terbengkalai.
Turut baca :
- Malaysia mungkin perlukan kubur bertingkat, ketahui bagaimana ia berfungsi
- Telah memiliki kubur sendiri biarpun masih hidup, wanita tampil beri penjelasan
- Lelaki ditemui rentung atas katil selepas flat hangus dijilat api
“Bangun-bangun dah jadi macam ni, serious takut, macam tempat tak berpenghuni. Kami puas cari jalan keluar, masih tak jumpa. Last-last kami minta tolong orang situ untuk keluar dari Tasik Chini ni.” tulisnya.
Pemilik video tampil menceritakan perkara yang sebenar
Menerusi video terbaru yang dimuat naik, dia meminta maaf kepada semua kerana video yang tular itu tidak benar.
Tambahnya lagi, niatnya hanya untuk menyeru pihak berwajib membaik pulih tempat itu yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Untuk rekod, Tasik Chini merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik dan patut dipelihara supaya dapat dinikmati oleh orang ramai.
Leave a Reply